ISU MAJLIS PERKAHWINAN PADA MASA KINI
- Satu ikatan zahir & batin antara seorang lelaki dan perempuan dalam rumah tangga untuk menyempurnakan keperluan rohani dan jasmani mereka.
↝ Sesetengah adat kebiasannya bercanggah dengan syariat islam. Pada masa kini banyak majlis perkahwinan dilangsungkan mengikut budaya barat.
↝Kebanyakkan majlis perkahwinan pada masa kini dijalankan secara besar-besaran yang membawa kepada pembaziran.
↝Perkahwinan pada masa kini lebih bertujuan untuk mengikut peredaran zaman kerana ingin menunjuk kekayaan dan kemampuan mereka.
↝Ada juga diantara mereka yang sanggup berhutang untuk melangsungkan perkahwinan mereka secara besar-besaran.
↝Selain itu, ada juga pasangan yang sanggup menangguhkan perkahwinan kerana mereka merasakan bahawa duit persediaan perkahwinan tidak mencukupi untuk melakukan majlis besar-besaran.
↝Sebelum bersanding, terdapat satu majlis yang diadakan untuk pasangan pengantin iaitu Majlis Berinai. Majlis berinai merupakan tradisi perkahwinan Melayu. Majlis ini tidak salah dalam Islam namun majlis tersebut perlu dilaksanakan mengikut syariat Islam.
↝Seterusnya, ada juga yang melakukan pembaziran terhadap makanan. Contohnya, menyediakan khidmat katering makanan berlebihan dan kek yang terlalu mahal.
PERBEZAAN MAJLIS PERKAHWINAN ANTARA SISTEM KONVESIONAL DENGAN SISTEM ISLAM
↬ WALIMATUL URUS
- Walimatul urus atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan Allah dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimatul urus ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran untuk berkongsi kegembiraan dengan orang ramai. Kenduri kahwin merupakan tuntuntan syariah Islam. Hukum mengadakan kenduri kahwin adalah sunat muakad. Berdasarkan hadith nabi S.A.W:
"Hendaklah kamu mengadakan walimah walaupun dengan seekor
kambing."
(sahih muslim)
SISTEM KONVESIONAL
- Dilangsungkan secara berlebih-lebihan dari segi kos majlis.
- Mempunyai unsur barat yang bercanggah dari sisi Islam seperti pakaian pengantin dan hiburan. https://www.youtube.com/watch?v=0ljU2-ffBhE
- Ketika majlis perkahwinan berlangsung, berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
- Beberlanja secara berlebih-lebihan sehingga terpaksa berhutang .
- Berlakunya pembaziran makanan .
- Dilangsungkan secara beserdehana dan lebih tertutup antara kaum kerabat.
- Mempunyai unsur islam dan mengikut syariat islam.
- Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita.
- Beberlanja mengikut kemampuan.
- Tidak berlaku pembaziran makanan.
- Dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Justeru apa yang dituntut oleh Islam ialah berbelanja mengikut kemampuan
yang ada pada pasangan pengantin dan bukan dengan tujuan untuk bermegah-megah
di antara masyarakat sekeliling.Firman Allah S.W.T:
" Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros
yang melampau"
Surah al-Isra' (15) : 26
Maka dengan mematuhi syariah Islam pasangan
berkenaan akan berpeluang membuat penumpuan bagi memikirkan masa hadapan
dengan tenang dan selesa. Keadaan ini akan memberi kesan dan impak yang amat
baik dalam menjalani kehidupan berumahtangga.